October 18, 2010

KIJING


Kampung Kijing ialah sebuah kampung yang terletak di pinggir bandar Marang, Terengganu. Ibu pejabat polis daerah Marang terletak dalam Kampung Kijing..

Untuk pengetahuan kalian semua, name Kampung Kijing asal daripada sejenis cengkerang yg menyerupai kerang@lokan yang dipanggil KIJING..
(ambe pon dok tau balah mane kijing)..search image kat yahoo laa utk lg detail..




cengkerang yg dipangey kijing
Dan kemudian ada percanggahan pendapat nama tersebut..ada yang berpendapat nama Kijing itu diperoleh daripada kijang yang masuk ke kampung..lama kelamaan kijang disebut kijing..
ini kijang putih
Di kalangan budok² muda pulok ada idea mereka sendiri dimana mereka berpendapat kijing tu berasal dari perkataan "KEY JIN"..mereka berpegang bahawa suatu ketika british masuk ke tanah melayu, british kehilangan kunci peti besi di kampung tersebut dan kemudian british bertanyakan orang kampung samada menjumpai kunci tersebut atau tidak..kunci yang dimaksudkan amatlah besar dan disifatkan penduduk "bapok jin kunci"..
hasil kombinasi maka terbitlah KEYJIN dan kemudiannya menjadi kijing..

tuw mitos psl kampung aku.. aku pom xpasti sgt pom
ape yg penting... kampung aku ade pantai yg besh





leh tgk Pulau Kapas dr kampung aku

hehehe
sekian ☺

October 17, 2010

Lintah dan Pacat di Malaysia

Lintah dan pacat
Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea
Ciri – Ciri :-
- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,
selalu nya 3 jam
- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk
Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi


Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia
Batracobdellareticulata

- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput
Lintah Hirudinaria manillensis

- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”
Pacat Haemadipsa sp.

- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)
4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica

Haemadipsa subagilis

Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit
bagi mereka yang geli dengan pacat ni,senang jer petua nya.iaitu dengan menggunakan air tembakau.

cara membuat air tembakau:
guna daun tembakau/tembakau jawa 100gm
cincang halus2 dan campur 1.5ltr air sehingga sebati

cara menggunakan:
-rendam kasut,stokin dan seluar(seluar dalam jangan) baju boleh gak,tapi mondus operandi pacat ni biasanya melakukan serangan bahagian pinggang dan ke bawah.melainkan pacat keras kepala dan kurang ajar jer..
-selapas rendam,perah sedikit dan jemur pakaian tadi sehingga kering di bawah sinaran matahari.untuk membuat unsur tembakau tadi sebati pada pakaian,selepas kering ''iron''lah pakaian tadi(kasut jangan iron yer nanti mak marah..).

p/s:baunye memang kurang sedap sikit,tapi berkesan untuk menghindari pacat dan terbukti..

Cerpen Loghat Teganu

KISAH AMING GI SEJID.

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak,  mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale,  baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia.   Nok buwak gane , budok dua  taung , dok tahu ke mende.  Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming  uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh,  jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia,  sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse.  Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.”   Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau.  Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat  abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid.  Ayoh dia saoung  slow-slow  “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”.  Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming.  Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang  bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok  Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan.  Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi  jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang  sof.

Bersambung….

p/s : dicilok dari pesbuk org

October 15, 2010

Makan-makan di Kota Bharu

dlu... aku makan kat sini...
xtaw nak makan ape bab banyak lauk
Menu: ayam percik, telor itik masin, daun pisang, nasi putih
daging hangus, sup tulang, air dragonfruit

Menu: aku xtaw name kueh sume nie

Menu: kueh onde² aku taw ahh

van nie nk langgar aku

☻

on Site

11-10-10
aku dihantar ke New Castle tuk keje² penyampelan air yg berada di bawah permukaan bangunan..
so... KLIA kami tuju ( aku n serol ) membawa brg² yg agak bertimbun gak lah...
kul 3:15 aku naek...sampai airport New Castle lam 4:05.. lju gak ah drebar tuw bawak ;p
New Castle Airport

disebabkn perjalanan agak memenatkn...trus g check in  di Dynasty Inn..
agak teruja tuk tido..
Dynasty Inn room
tetiba terjaga.. terus terasa lapa..
makan lauk ikan besi
then malam nye jalan² soping makanan ringan di Hypermarket
terlayan ps4 lak
selepas itu... terlepak di pantai sambil melihat bintang² berkelipan dilambung ombak
salji turun kt pantai itu




(=_=") xtaw ape aku bwat sane

October 14, 2010

Proton Inspira






Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.
Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ;
Model Ganti Proton Waja
SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.
Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.
Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.
Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.
Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.
Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.

Phobia

Dlu aku slalu naek bus ( time blaja lah )
dr Shah Alam ke Terengganu
dr Butterworth ke Terengganu
tp skrg aku PHOBIA

video kemalangan, 12 maut di KM 223, Lebuhraya PLUS, 10.10.10

Dlu aku suka tgk bola di stadium
mber² ajak g tgk lju jee aku polo..
tapi skrg aku suka tgk kt t.v je..
dh jarang sgt ikut perkembangan bolasepak tanah air 

video Kelantan vs Selangor suku akhir 12-10-10

hurmmm...
mcm²..
pahnie ape lg aku phobia ehh

p/s: al-fatihah buat mangsa yg terkorban