July 04, 2011

Gunung Korbu


9 July nie wa maw pergi sane...
ooohhhhh... maw menguji kerabakan mentalku
ooohhh... bukan mengejar puncak...
tp memburu view yg slalu di war² kn...
doakan aku selamat pergi dan selamat pulang
-amin-

Titah Agong



Point penting dalam titah agong semalam ialah ;

1. Agong menyeru agar membuka pintu rundingan. <-- polis + kerajaan dah tutup pintu.

2. Agong meminta rakyat dilayan dengan adil dan saksama. <-- kumpulan pendemo bersih harus diberikan peluang.

3. Agong tidak mahu rakyat memusuhi kerajaan, atas apa jua alasan.  <-- jika kerajaan ISA kan kami, maka ini akan berlaku, sebab itu Agung nasihatkan bn secara sindiran.

4. Agong menjelaskan penting nya sifat tolak ansur.  <-- so apa lagi, buka lah seluas-luasnya. Apasal berdegil sangat wahai kerajaan?

5. Tiada dalam mana2 titah Agong mengatakan bahawa kumpulan bersih = perhimpunan haram dan Agong juga tidak menyuruh kita membatalkan perhimpunan. <-- Agong yang adil kerana faham kehendak semua rakyat. Kalau bn halang perhimpunan neh, BN derhaka pada Agong.


Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam.

Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari.

Expdc Gunung Tahan 2011

Tarikh : 27 hingga 31 Mac 2011
Peserta : Perhilitan, Orang Hutan Malaya & Pusat KO Pulau Pinang

Maka tamatlah sudah pendakian 27 orang peserta ke puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, iaitu Gunung Tahan. Pendakian bermula pada pagi 27 Mac 2011 di Taman Negara Pahang dan berakhir pada 31 Mac 2011. Ikutilah ringkasan pedakian yang tak berapa ringkas ini..hahaha

26 Mac 2011 (Sabtu)
Para peserta dari Kuala Lumpur (OHM) dan dari Seremban (Perhilitan) berkumpul di McDonald Gombak untuk sesi transfer barang ke 4WD Perhilitan (last-last transfer barang tepi jalan). Selepas itu, peserta bertolak ke Taman Negara Pahang dengan kadar kelajuan kenderaan yang dibenarkan oleh JPJ. Pastu berhenti pulak lunch kat kedai area-area Raub (mekasih Garfu sebab belanja!). Konvoi berhenti seketika di kedai Jom Jimat (yeke?) untuk membeli bekalan-bekalan makanan yang selebihnya. Konvoi bergerak kembali dan akhirnya sampai jugak kat Taman Negara Pahang (kira-kira jam 4.30 p.m kot). Sepanjang perjalanan masuk ke kawasan Taman Negara, konvoi disajikan dengan pemandangan banjaran-banjaran gunung di hadapan mata, termasuklah Gunung Tahan (terbakar ooo tengok)

Setelah selamat sampai ke Pejabat Taman Negara Pahang, kehadiran kami disambut oleh En. Jaie (Renjer Kanan Taman Negara Pahang) dengan senyuman. Setelah itu, kami diberikan sebuah rumah untuk berehat sebelum memulakan pendakian pada keesokan harinya. Setelah selamat meletakkan barang-barang ke dalam rumah itu, maka encik-encik driver 4WD Perhilitan memohon untuk pulang ke Seremban, sudah lewat katanya. Tibalah masa untuk kami berehat, menghilangkan lelah perjalanan yang jauh (KL-Merapoh). Eh eh, lupa nak bagitau, geng-geng Pusat Ko Pulau Pinang dah lama sampai. Kesian diorang tunggu kami..huhu. diaorang pun ada rumah jugak. Tak sempat nak pegi melawat diaorang, penat sangat + malu-malu kucing lagi time tu..ahaks.

Penat pun tak hilang lagi, Garfu pun ajak pegi sesi suaikenal dengan team Pusat Ko + briefing pasal pendakian esok. Sesi berkenalan pun bermula dan taklimat mengenai peraturan-peraturan semasa pendakian diberikan oleh Garfu dan En. Jaie. Habis je taklimat, geng-geng OHM + Perhilitan keluar merempit..opss..meronda-ronda ke Bandar Gua Musang (tu je bandar yang terdekat, setengah jam je drive) sambil-sambil cari makan. Garfu bawak kami makan ikan masak stim (peberet Awie) dan sate (peberet Ninie) dan sekali lagi Garfu belanja (mekasih Garfu!). Kami pun makan la tanpa segan dan silu sampai semua kenyang. Selesai je makan, kami pun bergerak pulang ke Merapoh. Sampai je kat Taman Negara, sesi packing bermula. Lepas habis packing, sesi tido pun bermula..zzzZZzzz


27 Mac 2011 (Hari Pertama)
Bangun pagi, gosok gigi guna Kodomo Lion, gigi putih sihat pula, guna Kodomo Lion.

Jam menunjukkan 6.30 a.m, para peserta bangun awal untuk menyiapkan diri untuk memulakan pendakian ke Gunung Tahan. Setelah siap, kami bergerak ke tempat berkumpul untuk men’declare’ barang-barang yang akan kami bawa naik ke Gunung Tahan. Setelah siap, kenderaan 4WD Perhilitan Pahang tiba untuk membawa beg-beg kami ke starting point iaitu di Kuala Juram yang sejauh 30 minit perjalanan (tak ingat jarak dalam KM..sorry) [13km beb! – editor]. Sebelum tu kami dibawa ke Pusat Interpretif Taman Negara Pahang untuk melihat dan merasai sendiri suasana berada di hutan, dengan adanya model-model dan informasi-informasi berkaitan dengan Taman Negara Pahang (mekasih En. Jaie!). Selepas tu, kami terus menaiki 4WD Perhilitan menuju ke Kuala Juram. Sepanjang perjalanan selama 30 minit, kami disajikan dengan jalan yang bengkang-bengkok dan turun naik ala-ala menaiki roller coaster. Sangat best!!

10.40 am - Selepas mendengar taklimat akhir daripada Garfu, kami memulakan perjalanan. Pada awal-awal2 perjalanan, trek agak santai dan landai. Setibanyanya disungai pertama (kira-kira 5 minit dari starting point) para peserta melakukan ‘River Crossing’ (English Education nii) untuk ke seberang. Kasut getah sangat-sangat berguna time ni. Sungai ke-2 pulak tak berapa jauh dari sungai pertama. Kira-kira 40 minit lepas sungai ke-2, jumpa pulak sungai ke-3. Jalan lagi dan lagi, jumpa pulak sungai ke-4 (25 minit dari sungai ke-3)

12.45 pm - Setelah penat trekking, kami semua tiba di Kuala Luis. Kat sini kena cross sungai jugak. Lepas cross sungai, kami berehat kat tebing sungai untuk menikmati makan tengahari. Jauh trekking mestilah laparkan (5 km tuuu dari Starting Point). Ada jugak la yang membersihkan diri dari pacat time ni..hehe

1.35 pm - Setelah selesai makan dan berehat, kami kembali meneruskan perjalanan ke checkpoint yang seterusnya iaitu Lata Luis, yang sejauh 6 km. Trek menuju ke Lata Luis agak mencanak sedikit berbanding trek yang sebelum ini (kata Garfu “naik sikit jah”). Kami banyak berehat sepanjang perjalanan. Jalan kejap, rehat. Jalan kejap, rehat..hehe

3.30 pm - Kami selamat tiba di Lata Luis. Trek yang kadangkala naik turun membuatkan kami kepenatan. Take 5 (cikgu-cikgu panggil Take Fire) banyak kali pun kami masih lagi penat..haha. perjalanan menuju ke campsite kami untuk malam ini (Kem Kor) tinggal 2.5 km sahaja dari Lata Luis. Kami berehat selamat 30 minit sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Kem Kor. Setelah hilang penat, tepat jam 4, kami meneruskan kembali perjalanan. Jalan sikit je terus jumpa trek mencanak. Adoiiii

Selepas 30 minit perjalanan bersambung, tiba-tiba sesuatu berlaku. Incik guide, Garfu mengalami masalah sendi a.k.a krem. Kami semua panik. Tak tau apa yang patut dilakukan. Di dalam kepanikkan itu lah muncul Awie sebagai penyelamat. Pain Killer dihulur untuk ditelan. Nasib baik ada Awie (mekasih Awie!!). Perjalanan diteruskan secara perlahan-lahan. Bukan apa, bimbang incik guide krem lagi. Pada jam 5.20 pm, kami tiba di sungai ke-5. Incik guide mengarahkan Awie untuk mengambil alih peranan sebagai guide memandangkan Awie dah naik Gunung Tahan sebelum ni. Bimbangkan keselamatan Awie, incik guide mengarahkan tukang tulis (aku la tu) untuk menemani Awie di depan. Ok, perjalanan disambung kembali. Lepas je sungai ke-5 ni, kami terpaksa mendaki trek yang memang mencanak (60 darjah kot). Segala kudrat digunakan untuk mendaki trek ni. Sampai je atas, rasa penat kami hilang melihat air terjun di depan mata. Subhanallah, memang cantik. Setelah berehat lebih kurang 5 minit, perjalanan diteruskan. Trek masih lagi mencanak tapi kurang sikit dari yang sebelumnya. Fuhh!! Nasib baik. Kami tiba di sungai terakhir sebelum Kem Kor. Masing-masing merasa gembira. Mana taknya, dekat 8 jam lebih dok trekking kan.

5.30 pm (Kem Kor – 750 m above sea level) - Kami selamat sampai ke Kem Kor dengan jayanya. Setibanya di situ, para peserta terus memasang khemah dan fly. Lepas tu, ada yang mandi dan ada jugak yang menyiapkan makanan. Team Pusat Ko Pulau Pinang dah dibahagikan mengikut kumpulan, Kumpulan 1,2 dan 3. So dengan secara tak rasminya team OHM+Perhilitan jadi Kumpulan 4 (boleh ke?). Kumpulan 1,2 dan 3 masing-masing buat hal sendiri (masak + mandi + makan la kot). Team OHM+Perhilitan pulak, diketuai oleh tukang masak professional iaitu Awie, Ninie & Eja memulakan aktiviti memasak. Menu pada malam tu ada lah nasi putih, ayam masak merah + lobak, sayur kobis masak lemak + ikan bilis dan air tea panas. Sedapkan?. Selesai makan, aktiviti diteruskan dengan sembang-sembang malam @ sembang bawah fly. Banyak jugak yang dibualkan termasuk sesi kutuk mengutuk, sakat menyakat dan lain-lain lagi. Garfu sempat mengajar kami cara-cara melihat bintang utara (Stargazing).

10.00 pm - Upacara pembahagian ration dilakukan. Ration sebanyak 2 kali masakan ditinggalkan di Kem Kor (kena gantung atas pokok, mengelakkan binatang curi). Yang selebihya akan dibawa olah kami lagi. Selesai upacara tu, masing-masing nak tidur. Badan kami memerlukan tenaga untuk menyambung perjalanan yang masih lagi jauh, pada keesokkan harinya. Suasana di Kem Kor sunyi sekali. Hanya bunyi unggas dan air sungai yang mengalir sahaja yang kedengaran. Tak lupa jugak bunyi dengkuran..hahaha.

12.00 am (approximately) - Hujan mula turun dengan lebat. Amat sejuk sekali waktu itu. Nasib baik ada sleeling bag..hehe. tiba-tiba hammock aku dilanggar sesuatu. Berderau darah ketika itu. Manakan tidak, dalam hutan beb. Dah start fikir macam-mcam time tu. Ku beranikan diri untuk menjenguk. Ceh, rupa-rupanya Ninie yang langgar. Pegi selamatkan sleeping beg dia yang dijemur atas kayu. Buat suspen je. Ok, sambung tidur. Mau mimpi Lisa Surihani..hehehe.

8 March 2011 (Hari Ke-2)
6.00 am - Garfu dan Shariff bangun paling awal untuk masak breakfast. Awie (tukang masak) masih lagi tidur..ish ish ish. Cuaca pagi tu sangat sejuk dan hujan turun rintik-rintik (‘beret-beret’ dalam bahasa klate). Lebih kurang jam 7, semua dah bangun. Masing-masing pegi gosok gigi dan basuh muka. Ape? Mandi? Jangan haraplaa kalau sejuk-sejuk camni (Garfu je yang mandi) hahaha. Pastu kami makan breakfast yang telah tersedia. Time-time ni la ramai yang lalu depan khemah kami untuk pergi port memerut. Hahaha. Nasib baik ada ubat Awie. Mekasih Awie!!..habis je breakfast dan memerut, kami semua bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan.

9.15 am - Sebelum memulakan perjalanan, incik guide, Garfu memberikan penerangan mengenai trek dan tempoh perjalan yang bakal kami lalui. Ini diikuti oleh sesi memanaskan badan bagi mengelakkan sakit-sakit badan sepanjang perjalanan nanti. Sebelum memulakan perjalanan, Awie mengagihkan ubat kuat +vitamin kepada kami. Baiknyee Awie.

9.30 am - Bacaan doa dilakukan sebelum memulakan perjalanan. Perjalanan bermula dengan menyusuri trek di tepi sungai. Kami diberikan senaman paling bagus pada pagi itu dengan mendaki trek yang memang mencanak iaitu Bukit Kembang Hidung (juga dikenali sebangai Bukit Good Morning). Kembang hidung kami untuk menghabiskan bukit tersebut. Separuh perjalanan, kami berhenti kerana ada line telefon. Masing-masing sibuk menghantar report kepada yang tersayang untuk memberitahu bahawa mereka berada dalam keadaan selamat. Setelah report dihantar, kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit.

10.15 am - Sampai sahaja ke puncak bukit, kami sekali lagi berehat. Memang sesuai dengan nama bukit tersebut. Kembang kempis hidung kami dibuatnya. Hahaha. Kat puncak bukit tu ada trek dari Kuala Koh. Menurut incik guide, trek tu ditutup buat sementara waktu kerana berlakunya hakisan teruk. Sambil-sambil berehat sempat jugak kami snap gambar kenangan. Sedang asyik berehat, hujan pulak turun. Rahmat tuhan. Ada yang keluarkan ponco, ada yang bungkus kamera dan ada jugak yang tulis-tulis dalam buku (aku la tu). Kami meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya iaitu Kem Permatang dalam suasana sejuk (hujan kan, mestilah sejuk).

10.45 am - Kami tiba di Kem Pematang dalam keadaan hujan yang agak lebat. Ada waterpoint di sini sejauh 30 m, menuruni bukit. Oleh kerana hujan, kami tak dapat ambik air kerana keruh. Hujan dah turun apa lagi, tadah air hujan la. Poncoku menjadi pusat tadahan air time tu.hahaha. setelah selesai berehat, kami kembali meneruskan perjalanan menuju ke Kem Kubang, tempat kami bermalam untuk hari ini. Trek selepas Kem Permatang agak mencanak dan menguji fizikal pandaki. Dah la penat, kena naik lagi. Takpe, demi nak takluk tahan masing-masing senyap je..huhu. Trek mencanak ni agak panjang jugak. Dalam kiraan aku ada la 2 jam lebih mendaki. Kami take 5 banyak kali jugak. Penat tuuuu. Tengah-tengah asyik trekking, maskot pendakian kali ni, Ninie (abis la aku nanti) mengalami masalah gearbox. Beliau terpaksa ditunda ke tempat yang lapang oleh incik Syaiful yang baik hati. Incik guide memutuskan bahawa kami makan lunch kat tempat tu. Elok sangat la tuu. Laporrr ni. Sampai je tempat lapang, kami semua prepare makanan yang telah siap dimasak pagi tadi. Sume makan dengan berselera skali. Awie dok bising kasut dia banjir. Kata waterproofkan Awie. Hehehe.

Selesai lunch, kami kembali meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh. Trek masih lagi mencanak (adoiiii) sepanjang perjalanan Ninie asyik menangis je..oppsss..salah, asyik menyanyi je..hahaha. Trek yang mencanak mengingatkan kembali trek Gunung Nuang. Memang susah beb!!. Tambah-tambah pulak baru lepas hujan. Trek licin dan kadang-kadang ada ‘jerangkap samar’. Ramai jugak yang kena termasuklah tukang tulis ni..hahaha

2.40 pm (Kem Kubang – 1406 m above sea level) - Akhirnya kumpulan pertama sampai ke tempat yang dituju iaitu Kem Kubang. Baru tahu kenapa kem ini diberi nama sedemikian. Memang berkubang. Yang tiba awal terus set up fly dan khemah untuk buat tidur malam ni. Kumpulan terakhir sampai ke Kem Kubang pada jam 3.00 pm. Sedikit info mengenai kem ni. Kem ni ada 3 campsite. Satu kat atas, satu kat tengah dan satu kat bawah. Waterpoint pulak dekat dengan campsite bawah. Dari atas jalan lebih kurang 50 m baru sampai. Waterpointnya hanya lah air yang mengalir dari celah-celah lembah. Cukup untuk buat masak dan mandi. Tapi kena tadah laa sebab kecik je punca air tuu. Usah risau kepada mereka yang ingin memerut. Apa port baik punya tauuu..

Lebih kurang jam 4.00 pm - Geng OHM & Perhilitan meng’set-up’ khemah dan hammock kat campsite paling bawah (menjadi pilihan sebab dekat dengan waterpoint) sambil-sambil pasang fly dan hammock, peserta wanita pegi mandi. Sambil tunggu diaorang mandi, geng-geng cikgu yang nak ambik air yang nak ambik air bersembang-sembang bersama geng OHM & Perlihitan sambil-sambil berkongsi pengalaman mendaki. Seteleh hampir sejam, barulah diorang siap mandi (adooiiii). Lepas diorang mandi, turn kaum-kaum adam pulak mandi. Bestnyeee!!!. Sambil-sambil tunggu kami mandi, Awie bersama-sama Ninie dan Eja pun masak makanan untuk malam nanti.

6.00 pm - Acara makan malam pun bermula. Menu makan malam adalah nasi putih (hampir masak), masak lemak kobis, sambal ikan bilis, dan ikan kering (keras laa). Sangat-sangat berselera kami makan. Mekasih tolong masak yee. Selesai makan minum pulak tea panas. Memang betul-betul holiaww laa

Habis je sesi makan dan minum, masing-masing melepak bawak fly. Ada yang dok dalam hammock. Perasaan time tu memang syahdu. Sejuk + penat. Kelebihan campsite kami ni, ada line talipon. So buleh la nak calling-calling yang tersayang. Masing-masing sibuk buat report.

7.00 pm - Malam pula menjelma mengganti siang. Lilin dipasang bagi menerangi campsite. Time ni lah Awie tunjuk demo untuk naik hammock yang double decker. Pandai jugak Awie ni. Selepas tu, sessi sembang bawah fly bermula. Macam-macam cerita yang keluar termasuklah cerita ‘Lurus Lurus Kerinting’ (hahahaha). Tak dilupakan sesi kutuk mengutuk dan sakat menyakat.

8.00 pm - Cuaca mulai berubah. Angin bertiup semakin laju. Hujan mulai turun menyirami hutan Taman Negara Pahang. Habis campsite kami masuk air. Dah la nama Kem Kubang, memang berkubang laa. Sesi menadah air untuk kegunaan hari esok dimulakan. Tak baik tau membazir. Banyak jugak la yang dapat kami tadah pada malam tu. Selepas hampir 20 minit, hujan berhenti.

9.00 pm - Persiapan untuk tidur. Tenaga dalam badan harus dicaj kembali. Menurut kata incik guide, esok kami akan trekking selama 8 jam. Esok kami akan shoot terus ke puncak Gunung Tahan. Dah tak berhenti campsite mana-mana dah. Sedang sibuk bercerita, En Shariff hampir-hampir jatuh masa nak naik hammock. Kami terus menolong beliau. Tolong gelak la. Apa lagi..hahahahaha. Selepas tu, masing-masing tidur meninggalkan unggas sendirian tanpa teman (best tak ayat ni? Hahaha)

29 March 2011 ( Hari ke- 3)
6.00 am - Pagi menjelma. Cuaca sejuk seakan-akan tidak mahu membenarkan kami bangun. En. Shariff yang pertama bangun. Hammock basah katanya. Malas nak tidur dalam kebasahan. Beliau bangun dan terus masak kopi tongkat ali. Memang sodap laa. Cuaca masih lagi sejuk. Nasib baik bawak solid fuel, boleh la panaskan badan. Setelah semua bangun, breakfast pun dimasak. Simple je. Nasi dengan sambal ikan bilis. Pemberi tenaga untuk mendaki sebelum berhenti lunch. Selesai je breakfast, kami pun packing barang-barang untuk dibawa naik ke puncak. Ada jugak yang kami tinggal kat Kem Kubang ni tapi sikit je la. Selesai packing, kami semua berkumpul untuk sesi memanaskan badan. Selesai je, incik guide bagi briefing pasal perjalanan hari ini. Lepas tu bacaan doa sebelum mula trekking

9.25 am - Trekking ke puncak dimulakan. Trek mencanak selama 10 minit ala-ala trek Gunung Irau gitu. Pagi=pagi lagi dah kena trek macam ni. Sabor je la. Sampai je kat atas, macam biasa la kami pun rehat. Rehat pun kejap je lepas tu perjalanan kembali diteruskan. Destinasi yang dituju, Kem Belumut (45 minit dari Kem Kubang).

10.10 am - Tiba di Kem Belumut. Ketibaan kami disambut oleh seekor burung yang cantik. Nama tak pulak kami tau. Burung ini akan datang dekat kalau anda kasi makan. Sedikit penerangan pasal Kem Belumut. Macam namanya jugak, kem ini banyan lumut dan lopak-lopak. Kalau hujan memang banjirlah anda. Waterpoint pula dalam jarak 15 m dari campsite. Kami berehat kejap kat sini. Selepas 5 minit, perjalanan kami teruskan.

11.20 am - Kami tiba di kawasan waterpoint sebelum trek mendaki ke Bonsai Kecil. Waterpoint ni terletak di kawasan bawah lembah. Kedudukannya agak tersorok sikit. Ia terletak di sebelah kanan trek naik ke Bonsai Kecik. Kami berhenti untuk mengambil air, bekalan untuk lunch nanti. Selepas tu, perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan ke Bonsai Kecil, kami melalui trek yang naik dan turun. Sebelum sampai ke Bonsai Kecil, ada satu trek menegak dan kami terpaksa naik menggunakan tali untuk sampai ke atas.

12.30 pm - Akhirnya kami tiba di Bonsai Kecil. Kami terpegun dengan keunikan pokok bonsai di sana. Masing-masing sibuk bergambar kat atas pokok tu termasuk la saya..hahaha. Kami berehat sebentar sambil makan makanan ringan, alas perut untuk trekking ke Kem Bonsai. Incik guide sempat lagi promote seluar tight dia (hahahaha). Selesai sesi bergambar, kami menyambung kembali perjalanan ke Kem Bonsai.

1.55 pm (Kem Bonsai – 1705 m above sea level) - Kami tiba di kaki Kem Bonsai. Ada sumber air meleleh yang boleh digunakan. Lagi 30 minit kami akan tiba ke Kem Bonsai. Di sana kami akan menikmati makanan tengah hari kami. Laporr nii..

2.15 pm - Kami akhirnya tiba di Kem Bonsai. Rasa penat hilang melihat pemandangan yang amat cantik. Trek ke Kem Botak jelas kelihatan dari Kem Bonsai. Ini menambahkan lagi semangat kami untuk ke puncak. Meggi menjadi juadah makan tengah hari kami. Sedappppppp!!!..makan kenyang-kenyang untuk menambah tenaga. Lambat lagi ni nak sampai. Sambil-sambil makan sempat jugak kami snap gambar untuk kenang-kenangan. Lepas makan kami kembali meneruskan perjalanan menuju ke puncak!!!

Perjalanan menuju ke trek Kem Botak agak mencabar. Banyak jerangkap samar kat sini. Skill bergayut di pokok amat berguna disini. Perjalanan kami melalui pokok-pokok bonsai kecil dan menarik tapi AWAS ye kat sini. Selepas tu, kami tiba ke starting point ke trek ke Kem Botak. Sesuai dengan namanya, memang hampir botak kawasan tu. Kawasan berbatu sangat menyakitkan kaki pemakai kasut adibas kampong. Pemandangan disekitar kawasan ini sangat menarik. Kami tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Banyak masa dihabiskan kat sini. Menyedari telah lewat, kami cepat-cepat bergerak ke Kem Botak. Trek ke Kem Botak agak santai tapi mencanak. Udara nipis di kawasan ini menyebabkan kami selalu tercungap-cungap.

4.35 pm (Kem Botak – 1943 m above sea level) - Kami selamat tiba ke Kem Botak setelah berhempas pulas..haha. Kem ini agak lapang. Boleh memuatkan kira-kira 50 pendaki. Yang bestnye kat kem ini, ada tandas. So bolehla anda memerut dengan senang hati. Cuma air je la nak kena angkut. Usah risau dengan waterpoint ye saudara-saudari sekalian. Memang ada. Mengalir dengan jernihnye.

5.00 pm - Kami semua merehatkan badan. Ada yang mandi, ada yang solat dan ada jugak yang pegi memerut. Hehehe. Masing-masing dah mental disebabkan trek ke Kem Botak. Dongak ke atas, Nampak pulak trek ke puncak. Alamak!! Kena naik lagi rupanyaaa……

5.23 pm - Perjalanan kembali diteruskan. Sebelum tu, incik guide berpesan kepada kami supaya sapu minyak Yuu Yee Cap Limau bagi mengelakkan perut kembung. Mekasih incik guide. Perjalanan semakin sukar dengan trek yang semakin mencanak. Kaki pun sakit-sakit pijak batu yang keras. Namun pemandangan yang cantik sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat. Kat mana lagi nak cari view cantik macam ni. Apa lagi, kamere pun keluarlaaa. Snap! Snap! Snap! Bunyi gambar diambil

6.15 pm (Puncak Gunung Tahan – 2187 m above sea level) - KAMI DAH SAMPAI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Akhirnya setelah berpenat lelah selama hampir 9 jam, kami sampai jugak ke puncak gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan. Segala penat dah lelah hilang ditiup angin apabila selamat tiba. Cuaca dipuncak agak berkabus, so tak nampak sangat view dari puncak. Geng-geng Pusat Ko Pulau Pinang merayakan kejayaan mereka sampai ke puncak dengan menyanyikan lagu tema Pusat Ko. Kami OHM & Perhilitan hanya mampu tersenyum (kalo OHM ada lagu tema kan best incik Garfu ;P) [lagu ni boley?? Klik Sini - editor]

6.50 pm - Setelah selesai celebrate kejayaan, masing-masing terus memasang khemah dan fly. Angin semakin kuat dan semakin sejuk. Khemah dan fly siap dipasang dan geng-geng wanita pegi mandi dulu. Kami geng-geng lelaki dok sembang-sembang sambil menunggu diaorang mandi. Lama betul diorang mandi. Kami sejuk ni kat tengah-tengah puncak. Adoiii…

7.20 pm - Masih lagi menunggu kaum hawa mandi. Cuaca semakin sejuk membuatkan kami membatalkan niat untuk mandi. So kesimpulannya tak mandi la..hahaha. kami kembali ke khemah untuk menukar pakaian yang lebih selesa. Sesi masak memasak pun bermula apabila kaum hawa selesai mandi (lama bebenor ye mandi)

8.00 pm - Mula memasak. Menu masakan macam biasalah, sama dengan hari-hari sebelumnya. Tapi ada tambahan sikit. Capati tebar atas rumput (hahaha). Tengah-tengah masak, hujan pulak turun. Kami yang dibawah fly terpaksa ‘melukis’ bagi mengelakkan diri dibasahi air yang masuk ke celah-celah jahitan fly. Tukang masak pulak sibuk menebar capati kat atas tudung periuk. Yang lain masing-masing dengan aktiviti sendiri sambil menunggu tibanya time makan

8.45 pm - Sesi makan-makan pun bermula. Sedap diaorang masak kat puncak. Cuaca sejuk membuatkan kami makan dengan cepat. Selesai je makan kami terus bersiap-siap nak tidur. Sebelum tu macam biasa la. Sesi sembang bawah fly. Agenda utama tidak dilupa, kutuk mengutuk dan sakat menyakat sesama sendiri. Sembang punya sembang, mata pun dah mengantuk. Hujan masih lagi turun, menyebabkan kami tak berapa selesa nak tidur kecuali incik guide (memang tak puas hati). So terpaksalah yang lain-lain tidur kepit-kepit sebab tak nak basah.

Lebih kurang jam 10.30 pm - Hujan dah berhenti. Suasana di puncak amat sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin yang bertiup. Bunyi motorboat memang ada la kan. Awie kat dalam khemah asyik dok gelakkan aku yang tak leh nak tidur. Siap offer ubat lagi tu. Hahaha. Nasib baik ada lilin, boleh hangatkan badan kat bawah fly. So lain kali lilin akan menjadi benda wajib untuk naik gunung.

30 March 2011 ( Hari Ke-4)
6.30 am - Suasana pagi dipuncak memang sangat sejuk. Tambahan pula semalam hujan turun. Memang sangat malas nak keluar dari sleeping bag. En Shariff orang pertama bangun. Diikuti oleh incik guide. Macam biasa la. Sesi masak breakfast dilakukan. Tukang masak yang sebenar macam biasa lah, masih lagi tidur (hahaha). Hari semakin cerah. Benda utama yang akan dilakukan pagi ini adalah ambik gambar kat signboard Gunung Tahan. Kalau takde gambar takde sijil beb. So kami pun beramai-ramai bergerak ke signboard macam itik pulang petang. Macam-macam gayalah yang keluar kat sana. Maklumlah, peluang hanya sekali kan nak naik sini.

8.15 am - Masih lagi kat signboard Gunung Tahan. Banyak jugak gambar yang diambik. Tambahan pulak ada kabus, makin cantik lah gambar tu. Siap tanggal baju lagi tuu..hahaha. Memandangkan dah semakin lewat (sebab kami nak kena shoot terus ke Kem Kor hari ni) kami terus mengambil gambar-gambar terakhir sebagai kenangan kat puncak. Selesai je ambik gambar, kami terus bergerak ke campsite untuk breakfast dan packing semua barang.

Menu pagi ni ada lah nasi goreng + air tea panas, buat mengalas perut kami sebelum berhanti lunch. Selesai je makan kami terus sambung packing. Time-time ni la masing-masing dok berebut sampah. Hahaha. Dalam keadaan sejuk tu kami gagahkan diri untuk packing. Suhu time tu tak tau la berapa sebab tak ingat pulak nak bawak thermometer naik kat atas ni. Selesai je packing, kami semua pun berkumpul untuk mendengarkan briefing oleh incik guide. Habis briefing kami pun buat sesi tegangkan urat dan bacaan doa mamohon keselamatan kami semasa perjalan turun.

9.40 am - Kami memulakan perjalanan turun ke Kem Kor. Suasana sejuk dan berawan melambatkan perjalanan kami. Dah macam kat kayangan la pulak bila trekking dalam awan. Susah beb nak dapat trekking dalam awan. Checkpoint kami selepas ini adalah Kem Botak. Kat sana boleh mandi-mandi sebab sejuk ooooo nak mandi kat puncak. Perjalanan turun ke Kem Botak hanya mengambil masa selama 30 minit. View yang cantik melambatkan perjalanan turun kami.

10.10 am - Kami sampai ke Kem Botak. Apa lagi, mandi laa!!!.. dah 2 hari tak mandi ni. Ada juga yang ambik air untuk bekalan semasa trekking, ada jugak yang pergi memerut. Air di Kem Botak tak lah sesejuk air kat puncak. So best la mandi kat sini. Kami berhenti kat Kem Botak selama 30 minit je. Takleh berhenti lama-lama sebab perjalanan kami masih lagi jauh. Kami dijangka akan sampai malam kat Kem Kor.

10.45 am - Kami kembali trekking turun. Sepanjang perjalan turun, masing-masing sibuk ambik gambar. Maklumlah, view cantik kan. Mana boleh lepaskan peluang. Kaki makin sakit sebab pijak batu-batu tajam. Ramai jugak la yang berhenti untuk sapu ubat kat kaki. Ramai jugak yang tangkap biawak time ni. Hahahaha. Pejam celik pejam celik kami dah sampai ke trek bonsai. Cepat masa berlalu. Tak sedar la pulak. Kami berhenti kejap menghilangkan penat. Sambil tu snap gambar kenang-kenangan. Setelah penat hilang dan sweeper sampai, kami kembali meneruskan perjalanan.

Kami melalui kembali trek bonsai yang berlumpur. Kami trekking rapat-rapat kat sini sebab incik guide suruh camtu. Perjalanan kami perlahan kerana ramai yang sangkut dalam lumpur. Tambahan pula masa datang haritu kami menurun, sekarang kami menaik pulak.

12.05 pm - Kami tiba di Kem Bonsai. Take 5 kejap kat sini. Selepas tu, kami memulakan kembali perjalan turun ke bawah. Destinasi kami, waterpoint sebelum Kem Belumut. Kami akan makan lunch kat sana. Masing-masing bersemangat untuk turun. Trek yang berlumpur dan basah tidak menjadi penghalang perjalanan kami. Kami akhirnya tiba di laluan ke Bonsai Kecil. Menurut kata incik guide, kami tak akan melintasi Bonsai Kecil kerana ingin menjimatkan masa. Dalam kata lain lalu shortcut laa. Shortcut tu melereng melintasi Bonsai Kecil, so tak perlulah kami nak mendaki dan turun trek yang curam.

Group pertama selesai melintasi trek. Tinggal lagi group kedua. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai lagi diaorang. Incik guide dah mula risau. Kesian incik guide berlari 100 km/j dari bawah ke atas. Akhirnya group kedua sampai. Menurut kata incik sweeper, mereka tersalah naik ke Bonsai Kecil. Miscommunication disini. Takpe. Asal semua selamat sampai. Perjalanan turun kami teruskan kembali.

2.15 pm - Kami akhirnya sampai kat waterpoint sebelum Kem Belumut. Kat sini kami makan lunch. Meggi je. Tapi meggi kat dalam hutan macam makan spaghetti. Habis semua meggi yang dimasak kami makan. Ada yang pergi mengambil air untuk bekalan semasa trekking. Disini kami berselisih dengan pendaki Mat Saleh bersama dengan amoi. Katanya berempat. Lepas wish Gud Luck mereka pun mendaki naik ke atas. Lepas makan, berlaku satu tragedi yang kami tak sangka-sangka. Awie ternampak sesuatu yang pelik sehinggakan kepala beliau senget-senget melihatkan benda tu. Hahaha. Teringat la kata-kata Awie ‘ Dah ikan lalu depan matakan, takkan kucing tak tengok’. Kenangan manis bagi Awie ni… [manis ke awie? auwww! – editor]

2.50 pm - Kami kembali bergerak turun. Destinasi kami seterusnya, Kem Kubang untuk mengambil barang-barang yang kami tinggalkan haritu. Oleh kerana kami dah makan, tenaga pun dah banyak, kami terpaksa mendaki 75 darjah. Adoiiii!!! Makanan pun tak proses lagi dalam perut ni dah kena mendaki. Berpeluh kami nak sampai ke atas padahal rendah je. Curam la katakan. Takpe, ni lah sebahagian dari cabaran yang terpaksa kami hadapi untuk turun ke Kem Kor (kata turun, ni ada naik lagi ni). Selepas hampir 20 minit, kami tiba di Kem Belumut. Di sini kami terserempak dengan guide dan porter untuk Mat Salleh tadi. Selepas bersalaman dan beramah mesra, kami kembali meneruskan perjalanan.

3.50 pm - Group pertama tiba di Kem Kubang. Barang-barang yang ditinggalkan kembali diambil. Selang 15 minit, group yang terkebelakang sampai. Kami berehat disini setelah penat trekking melebihi had laju. Incik guide memutuskan untuk membahagikan kumpulan. Yang laju akan turun dulu untuk masak dan set up khemah dan fly. Yang slow dan injured akan menyusul kemudian. Ramai jugak yang sakit kaki sebab menuruni trek curam. Time ni tak sempat nak snap gambar sebab masing-masing dah penat.

4.30 pm - 1st group seramai 13 orang memulakan perjalan turun ke Kem Kor. Kelajuan turun ketika itu melebihi had yang dibenarkan oleh JPJ. Nasib baik la takde speed trap, kalo tak banyak jugak saman yang kena..huhu..2nd group tak tau la macam mana cerita. Harap diaorang ok.

5.30 pm - Setelah sejam trekking secara laju, akhirnya kami sampai kat Kem Permatang. Kami berehat disini kerana kejap lagi kami akan mendaki Bukit Kembang Hidung. Kesempatan berehat ini digunakan untuk mengambil air dan solat. Sempat jugak kami bertukar-tukar pengalaman semasa mendaki semasa sendiri. Muka time ni tak payak cakap la, memang mental habisss… Habis je rehat kami kembali memulakan trekking turung ke Kem Kor. Sikit je lagi, sikit je lagi.

Kami mula mendaki Bukit Kembang Hidung. Masing-masing macam lori balak jee. Slow-slow naik bukit. Hahahaha. Setelah 15 minit, kami sampai ke puncak Bukit Kembang Hidung. Terpaksa berehat sebab penat sangat!!. Setelah habis berehat, kami kembali meneruskan perjalanan turun. Sikit je lagi, sikit je lagi. Perjalanan turun perlahan je sebab trek curam. Masing-masing tak sabar nak sampai Kem Kor.

6.30 pm - Yahoooo!!!! Kami sampai jugak kat Kem Kor. Penat hilang macam tu je. Macam mana ye group kedua? Harap diorang ok. Sampai je campsite, kami terus set up khemah dan fly sebab hari dah semakin gelap. Ada jugak yang mandi untuk menghilangkan penat. Best ooo mandi time nii. Tanpa melengahkan masa, kami pun terus masak nasi. Sambil menunggu nasi masak, aku dan syaiful repair-repair fly sikit. Ninie time ni pegi mandi.

7.30 pm - 2nd group akhirnya selamat sampai. Mereka kelihatan penat sekali. Kesian ye. Ketibaan mereka disambut dengan air tea panas. Sedap tuuu. Menurut kata incik guide, semua masa trekking turun senyap je sebab dah mental..huhu. 1st group pon sama jugak.

8.50 pm - Akhirnya makan malam Berjaya disiapkan oleh Ninie. Menu macam hari-hari sebelumnya. Adoiii.. cucur ikan bilis pon ado. Sambil-sambil goreng cucur ikan bilis, Awie sempat meluahkan perasaan yang telah lama terbuku dihatinya pasal cucur hangit kat Gunung Irau. Baru tau cerita sebenar rupanya. Kesian Awie disalah anggap sebelum ni. Mekasih Awie!!. Sambil-sambil makan tu sempat jugak kami kutuk-mengutuk & sakat menyakat sesame sendiri. Tak lupa jugak mengenai orang lain. Hahahaha. Maaf la kalau tersalah kutuk ye. Selesai je makan malam, Awie sekali lagi goreng cucur ikan bilis. Tak hangit tau. Korang je yang salah anggap. Kan Awie kan kan (banyak puji ni, so tak perlu la aku belanja pizza ye..hehe).

11.30 pm - Mata sudah berat. Maknanya mengantuk la tu. Malam terakhir kami berada di dalam hutan belantara Taman Negara Pahang. Agak lewat tidur malam ni. Masing-masing melangkah kepenatan ke khemah masing-masing. Esok kami akan memulakan perjalanan keluar dari Kem Kor, sejauh 13 km.
ZzzZzzzZzzz…

31 March 2011 (Hari Ke-5, Hari terakhir)
6.30 am - Seperti biasa, En Shariff yang bangun awal. Seperti biasa jugak, dia masak air tea untuk breakfast. Selang 30 minit, semua pun bangun. Boleh dikatakan hampir semua jalan terkangkang-kangkang, sebab trekking semalam kot. Hahaha. Badan-badan pon sakit jugak. Kejap lagi nak trekking jauh lagi. Adoiii nasib badan. Breakfast pagi ni makan biasa-biasa je, nasi lebih semalam dan cucur udang. Nak makan pon takde selera sebab badan sakit. Kesiannnn

Selesai je breakfast, kami bersiap-siap untuk trekking keluar. Segala khemah dan fly @ hammock diturunkan. Makanan yang lebih tu akan dibawa keluar. Kami dijangka akan lunch kat Kuala Luis. Cuaca pagi amat baik. Syukur. Sampah-sampah dikumpul dan time ni lah ramai yang berebut sampah. Mana taknya, sume declare tuuu. Kalau tak cukup tak dapat sijil, kena kompaun lagi. Huhu.

9.35 am - Kami memulakan perjalanan keluar dari Kem Kor. Dengan rasa hiba kami meninggalkan campsite ini. Segala sampah dan barang-barang kami bawa keluar. Hanya kesan tapak kaki dan ‘Tanda’ je yang kami tinggalkan. Masing-masing berjalan dengan perlahan. Maklumlah, satu badan sakit. Huhuhu.

10.55 am - Kami tiba di Lata Luis. Kami merehatkan badan kerana kepenatan. Perjalanan kami ke Kuala Luis masih lagi jauh. Lebih kurang sejam lagi kot. Penat pon dah hilang, maka kami memulakan kembali perjalanan.

12.55 pm - Kami tiba di Kuala Luis. Perjalanan yang laju membuatkan kami semua kepenatan. Sampai je kat Kuala Luis, geng-geng cikgu terus je terjun dalan sungai. Ada jugak yang prepare lunch. Selang 20 minit, incik guide dan rakan-rakan dibelakang pon sampai. Menurut kata mereka, incik guide sempat menunjukkan beberapa jenis tumbuhan hutan yang boleh dimakan. Menyesal jalan laju. Kami makan lunch disini selama 20 minit je. Menu lunch adalah meggi dan milo akar kayu (special edition ni). Memang lepas minum milo akar kayu, angin keluar tak henti-henti. Mekasih incik guide!!.

Sambil-sambil tu, sempat jugak cikgu-cikgu ni main air. Sampai terjatuh pon ada. Enjoy jugak tengok gelagat diaorang.

1.15 pm - Selesai je lunch, kami bergerak menuju ke Kuala Juram. Masing-masing bersemangat kembali. Perut dah kenyang, badan dah kembali fresh sebab main air. Perjalan hanya tinggal 5km je lagi untuk kami menamatkan ekspedisi kami ni. Kuala Luis kami tinggalkan dengan perlahan-lahan. Sebak pon ada.

2.30 pm - Sebatang demi sebatang sungai kami lintasi. Akhirnya kami tiba di sungai ke-2. Kami (OHM & Perhilitan) berehat seketika disini. Cikgu-cikgu dah kedepan. Mungkin dah sampai sungai pertama. Tiba-tiba terdengar jeritan suara kegembiraan. Mungkin diaorang dah sampai kot. Kami pun meneruskan kembali perjalanan. Mana boleh diaorang dah sampai tanpa kami. Ini tak adil..hehehe.

Selang 5 minit, tiba di sungai pertama. Rupa-rupanya geng-geng cikgu tunggu kitaorang kat sini. Ingatkan diaorang dah sampai. Ketibaan kami disambut dengan senyuman. Senyuman itu ada makna rupanya. Kami telah diambush oleh geng-geng cikgu dengan siraman dan percikkan air. Adoii.. Habis basah.

Lepas kena ambush tu, kami semua berehat sebentar sambil mengembalikan kesegaran diri dengan berendam dalam sungat. Sangat best bila dapat berendam dalam air yang sejuk tu. Rugi la kepada sape-sape yang tak ikut trip kali ni. Sebelum bergerak ke Kuala Juram, kami sempat bergambar kenang-kenangan dalam sungai tu.

Dah siap bergambar, kami kembali meneruskan langkah-langkah akhir kami untuk ke Kuala Juram. Masing-masing dah tak sabar nampaknya.

2.50 pm – Akhirnya, kami selamat sampai ke Kuala Juram, tempat kami bermula 5 hari lalu. Perasaan tak payah cakap la. Memang happy sangat. Dah berakhir pengembaraan yang meletihkan dan mencabar katakan. Sampai je kat situ kami terus mengabadikan kenangan kami dengan ambil gambar ramai-ramai. Masa start hari tu tak sempat pulak nak bergambar.

Lepas je bergambar, renjer perhilitan tiba. Seperti yang dijanjikan hari tu, beliau membawa pellet makanan untuk diberikan kepada ikan yang hampir pupus sekarang iaitu Ikan Kelah. Tak sabar rasanya kami nak bagi makan kat ikan ni. Ada yang sampai berlari-lari ikut renjer tu.

Nak bagi makan ni ada teknik tersendiri. Incik renjer akan menabur sedikit pellet terlebih dahulu untuk mamanggil ikan tersebut datang ke tepi. Tiba ke part yang menarik. Beliau akan membunyikan loceng ala-ala orang jual ice-cream untuk memanggil ikan datang. Menurut kata incik guide, ikan kelah disini sudah biasa dengan bunyi loceng tersebut. Jika loceng berbunyi, maka ada lah makanan yang akan diberi. Setelah ditunjuk ajar oleh incik renjer, makan turn kami pulak yang bagi makan kat ikan-ikan kelah tersebut. Pada mulanya takut-takut jugak. Takut kena gigit. Lepas ikan dah start makan, semakin seronok pulak rasanya. Ada yang sampai 3,4 kali bagi makan. Rugi ooo tak datang kat sini. Selesai bagi ikan makan, kami pon naik semula ke pondok untuk mendengar taklimat akhir oleh incik guide a.k.a garfu.

Taklimat disusuli dengan kata-kata akhir oleh Boss Pusat Ko Pulau Pinang, Haji Hussaini. Beliau berasa bangga kerana kami dapat menamatkan aktiviti ini dengan selamat dan jayanya tanpa ada sebarang kecederaan yang teruk. Hebat!!!.

4WD Perhilitan pon dah sampai. sudah tibanya masa untuk kami berangkat pulang. Kisah pengembaraan ke Gunung Tahan akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup kami. insyaAllah jika panjang umur kami akan datang lagi ke sini. Mungkin laluan Kuala Juram – Kuala Tahan pulak? Sape tau kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita trekking lagi.

Salam Kembara,
:: OHM00100 Nazrul @ Jerol ::

Seribu penghargaan & Tahniah kepada;
• Azizi @ Garfu (Tukang Guide)
• Shariff (Sweeper terhebat)
• En. Faizal (Tukang Teman)
• Nazrul @ Jerol (Tukang Tulis)
• Syaiful @ Epul (Tukang Pikul @ Ambulance)
• Ninie (Masko@ Chef )
• Eja @ Pija (Tukang Senyum @ Chef)
• Awie @ Awin (Tokey Kedai Ubat @ Chef @ Tukang Tanda Kawasan)
• Jurulatih Pusat Ko Pulau Pinang (PULAKOP @ Penglipurlara) - Hj. Husaini, Muhammad Husni, Khairul Anuar, Muhammad Norazizuddin, Bazli, Mohd Fadzlon, Shahrul Azhar, Muhamad Abdillah, Salman, Ko Beng Keat, Mohd Jubri, Fadzil, Salahudin, Ahmad Fauzi, Nazri, Mohd Azan, Mohd Yusparizal, Haizul Azzuan, Mohd Isa, Tan Eng Keong

p/s : Laporan lengkap boleh rujuk di blog OHM.