May 02, 2012

Pendakian Gunung Ledang (KOHM)

28 april 12

pukul 8 sume peserta berhimpun di dataran Resort Gunung Ledang sementara menunggu ketibaan ahli² berhormat yg lain.Uncle muncul bersama breakfast+lunch.. mereka begitu rakus bersarapankan nasi lemak.meehun dibungkus untuk lunch di trek nnt.Kesemua 22 peserta mengisi borang declare sampah.

pukul 8.30 mendengar taklimat drpd En. Udin & En. Jay ( guide kami ). peserta begitu la'ro mendengar pesanan guide mengenai adab & pantang larang di gunung lagenda ini. kesempatan yg ada itu juga digunakan peserta untuk bersnap di signboard, banner, malahan di pondok² yg ada di sana seolah² sudah xmo datang ke situ lagi.. ahakss

pukul 9 pendakian bermula, peserta dijamukan dgn Tangga Mahligai, menurut kata Udin, terdapat sebanyak 739 anak tangga perlu dinaiki sebelum bertemu CP1. gue & jerol mula bergerak di barisan hadapan sekali. akan tatapi, lama kelamaan, kami berdua makin kebelakang mungkin disebabkan faktor usia. Udin sayup meninggalkan kami yg dah semput melayan anak tangga yg xsama rata nie. Silap langkah melangkah, kebawahlah jawabnya.

Kurang lebih 45 minit melayan tangga semput, akhirnya peserta dapat berehat di CP1 Bukit Semput. memang sesuai CP diberi nama begitu kerana rata² peserta kelihatan kesemputan yg ketara di wajah² mereka. Pendakian diteruskan kembali menuju ke CP2, tetapi diketuai oleh uncle kerana Udin akan bertindak sebagai Runner & Jay Sweeper. lagipun,uncle memang laju. xtaw die makan ape.. heran tul..

trail dari CP1 ke CP2 ke CP3 agak landai dan peserta berjalan santai² sambil layan view yg ada di sekeliling. Rasa mata nie hijau je disebabkan nak jumpa sampah pun payah, sejuk jiwa skit.perjalanan mengambil masa 45 minit sehingga ke CP BAtu Orkid.ada peserta yg sudah mula makan breakfast lagi kerana kelaparan, baring keletihan disebabkan perjalanan yg jauh.

pukul 12 hampir kesemua peserta sampai ke CP5 (Sg. Segi Tiga).Bekalan makanan yg dibawa dipunggah keluar untuk mengisi kekosongan perut. Ada yg menjamah meehun, mengkukus maggi,memamah janjan dll. ada juga yg mandi di sini.kami berehat hampir 1 jam dekat sini sebelum meneruskan pendakian kembali.sebelum bergerak, peserta mula mengeluarkan bekalan ubat panas mereka untuk dilumur pd otot kaki bg mengelakkan kekejangan berlaku. sekali lagi uncle bertindak sbg leader di hadapan.. wahhhhh..

Laluan K.F.C mempunyai pelbagai gelaran spt Killer For Climber, Killer Fitness Centre, ayam KFC .. huhu.. trek di sini agak mencabar kerna peserta perlu berhati² mendaki laluan ini disebabkan struktur tanahnya yg lepuh dan curam. Udin ada menyatakan sebab penutupan laluan gunung ledang disebabkan atas nasihat jabatan Geologi bagi memulihkan keadaan trek yg banyak berlaku hakisan.laluan kfc ni banyak terdapat tangga yg dipasang oleh guide² resort bg memudahkan pendaki melalui trek itu.

sampai CP6 (Gua Kambing) peserta berehat seketika sementara menunggu sweeper sampai.di sini terdapat 2 gua yg terbentuk drpd pertindihan bongkah batu yg besar iaitu gua kambing & gua itik.selepas gua tersebut, terdapat batu besar yang dipanggil anak batu hampar di mana peserta perlu naik ke atas menggunakan tali yg telah dipasang.

Gua Kambing                                             Gua Itik


Batu Hampar adalah cabaran yg sgt besh. selain dpt bergayut pd tali, peserta disajikan dgn view yg indah & cantik (utk yg xgayat je laa).sementara menunggu peserta yg lain sampai ke atas,mereka² yg di barisan hadapan mula berposing di Taman Bonsai sambil melihat keindahan alam. Cuaca yg cerah membuatkan kami semua terpesona melihat panorama yg tersusun indah.setelah hampir 30 minit berehat di Taman Bonsai, Udin mengambil keputusan bergerak ke CP7 (Bukit Botak).masih terdapat 3 peserta bersama En.Jay yg belum sampai lg di Batu Hampar.



Laluan dari Taman Bonsai ke Bukit Botak sgt mencabar. Udin ada cakap, laluan nie merupakan laluan krem. so, berjaga² lah anda... kikiki.. gue baru je melangkah 3 minit, terus kaki dilanda krem..Dari jauh kelihatan jerol senyum sinis kat gue, sebelum beliau pom turut sama baring atas trek. Mujur ada geng krem.. hahaha.. selang 5 minit kemudian kedengaran suara² ira, des, ain, ina, aini & kaede. Gue malu sama diorg.. mereka hanya tolong senyum melerek melihat gue baring beralaskan tanah. ;p Gadis² meneruskan perjalanan ke puncak. Barulah kami bertiga (+kaede)menyusur di belakang mereka² itu.

pukul 3.45, hampir sampai ke Gunung Mahligai. Dijamukan dengan tangga aluminium yg tinggi.rehatkan kaki terlebih dahulu agar tidak kekejangan di pertengahan tangga.. ;) nnt haru biru jadinya.. dr bawah sayup² melihat gadis² memanjat tangga itu, sungguh kental jiwa mereka. Mengapa mereka sungguh teruja menuju puncak? apa yg ada di atas sana? calon suami kah? kikiki... masing² ada jawapan mereka sendiri. Jangan dipersoalkan mengapa mereka sanggup berbasah, berkrem, berlapar, berjatuh, berpewai, bergayat, berkoyak mental....

pukul 4.02 sampai juga ke Gunung Mahligai. Kelihatan peserta yg sudah sampai merehatkan badan sambil menjamu selera. Uncle sedang      masak meggi perisa kari...perghh...nafsu gue membuak² nak paw meggi uncle.. Bagi yg sudah kekenyangan, mereka terus solat, sesungguhnya jangan la kite lupe kewajipan kita kepada Allah taala walau ape jua keadaan sekali pun.








Pukul 5.30 Setelah pusa bersnap dan berehat, peserta mula bergerak turun. Untuk turun ke bawah, kami semua perlu menceroboh naik ke puncak gunung Ledang dan melalui Laluan Pelita. semua peserta terus berjalan dan berjalan dan berjalan santai ( trek santai dan menurun ) sehingga tiba ke simpang asal sebelum CP3. Udin menasihatkan kami supaya berkumpul di situ terlebih dahulu bagi menghormati azan Maghrib dan merehatkan badan. Apabila semua peserta sudah sampai, pendakian turun diteruskan. Mujur hampir keseluruh peserta membaca headlamp. bagus diorg nie...kalu x, meraba² ler jawab nye... Akhirnya barisan hadapan sampai ke resort pada pukul 9 mlm dan peserta terakhir sampai ke bawah pada pukul 10.30 mlm. Mujur tidak berlaku perkara yg tidak diingini dan semua peserta berpuashati kerana berjaya menawan Puncak Ledang. TAHNIAH diucapkan. 

p/s: Alhamdulillah...semua 24 peserta trmasuk guide RS-PGL (Pendakian Gunung Ledang) telah selamat naik dan turun dgn jayanya,terim kasih diatas kerjasama semua pesrta yg terlibat disepanjang xpdc kali ini,jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang xpdc sila berikan komen anda agar pihak kami dpt menambah baik kekurangan yg ada. ...terima kasih dan jumpa lagi

Peserta RS:
uncle Zainul
Ira
Aini
Ain Bloop²
Des (doct gg)
Are Ziz
Ina Omar
Kaede
Bak Aus
Kawan Bak Aus 1
Kawan Bak Aus 2
Kawan Bak Aus 3
Saiful Razali
Kawan Saiful Razali 1
Kawan Saiful Razali 2
Kawan Saiful Razali 3
Kawan Saiful Razali 4
Kawan Saiful Razali 5
Kawan Saiful Razali 6
Kawan Saiful Razali 7
Jerol
Sepul

OHM00101 sepul
(gue bangge bab xde org
ckp gue garang  time nie)