September 24, 2011

RS - Riadah Santai KOHM ke Gunung Batu Puteh

Assalamualaikum w.b.t...

lamo dah xbwat repot xtvt hiking gue nie...malas sebenarnyo..xde mase pom ade jugk..huhuhu..
okey lass...entri nie gue nak cito pasal RS anjuran KOHM yg baru diadakan baru² nie.. sempena cuti 1Malaysia, cuti panjang, so ape lagi...perdajalkan lutot ah beb...
so pada 16 sept lepas, gue join event yg member gue bwat..khas tuk dak² KOHM kate nye.. mmg gue berhajat nak pegi sane..ura² kate gunung tuw agak mistik...wuuu wuuu... seramai 13 org dak OHM join + guide ( megat rambai ).. dipendekkan cito nyo... sumo kumpul kt RnR Tapah..lam kul 2 pagi, makan dlu..pahtu tapau mknn tuk breakfast...gerak ke masjid Al-Mukmin bt. 3, Tapah..sume amik port tuk restkan badan dlu...
sedor² kak ijan kejutkan aku semayang Subuh..pahtu diorg prepare bag masing2 n bahagi ration... Amir n Jerol pegi Balai Polis Tapah tuk bwat repot.. lam kul 9 pagi..sume bergerak ke Perkampungan Orang Asli Kuala Woh...tetiba baru perasan..kete kaede xde...upenye diorg g is minyak lak...hahaha~ kene tunggu diorng dlu kt simpang masuk...xpe..xperlu rushing² lor...
pah diorg smpai..trus masuk dalam n susun kereta leklok..time tuw ade group laen dah sampai..sume dah punggah beg...trus jerol kasi briefing sebelum memulakan xpdc nie
selesai masing² siapkan diri fizikal n mental...lam kul 10 pg, sume pikul beg nk bermulalah RS kite..yeay..semangat2...lalu kampung ori people, lalu denai..lalu bawah buloh..pergh..gue dh down...penat gak ahh hiking nie ehhh
lebih kurang 45 minit berjalan, kami sampai kat sungai Simpang Y, 0.o .. dalamnye air... haishhhh
haha~ nak x nak kene cross gak kan..bile sume dah selamat sampai, diorg rehat jap..ade yg mandi manda, makan jajan..pahtu, sambung balek perjalanan kerna jaw agi kot...pelan diorg malam nie maw tido kat Gua Azan, so xleh rehat lamo2..
lam kul 12.30 tghari hujan pom turun..haha..masing2 pom agak peywai gak, so kami decide tuk lunch dlu, setup flysheet nk masak rmai2...menu ape ehhh..o0o0o~ kuehtieow goreng..makan skit2 sorg cukup...lepas tu kami dihidangkan ngan trek yg agak mencanak n licin ( kan td hujan )..o0o0o0o0o.. semput o0o0o~ kami sampai kat Kem Balak 2 kul 4 ptg kot... ade group kt depan ckp " oiiit group kt belakang, gua azan dah penohhhh " ahhh sudahh... terpakse ahhh bermalam kt kem balak nmpk gaye nye... bilo sume dah setuju, masing2 setup laa banglo diorg...
menu mlm tuw disediakan oleh ninie, jerol, uncle n gue...hahaha~ ada spagetti, kecodok bilis, roti jem n nasi tomato lauk ayam... nyum²...sory ahh wehh... nasi lambat nak masak...hahaha~ masing2 pah abis melantak trus tido...penat 1st day kot...hahaha~

17 Sept, sume bangun siap2... target ari nie maw sampai ke puncak.... lam kul 10 camtu bergerak ke simpang gua azan, lebih kurang 2 jam berjalan cam zombie, kami pom sampai kt simpang tuw... n letak haversack masing2...tutup..xkan nk bawak naek atas kot..bukan nk tido puncak pom... ;p .. 
bilo sume dh siap, xpdc diteruskan balek...mencanak...mencanak..landai...mencanak lagi..mencanak..wall climbing skit...ehhh..ade tangge kayu... huhuhu~smpai kt batu kak... rest dlu...penat o0o0o0...then trus kan balek perjalanan ke puncak..
pahtu diorg berhenti makan kat last water point ( air terjun nak terbunuh )... aku xlarat nk g sane.. penat amat wehh..haha~ agak panik seketika kerna bru perasan si abg haji lesap lak..haishhh... seb baek die muncul kembali time kitorg dh nak abis makan... huuuuuuuuuuuu

pada jam 5 ptg, akhirnyo kami smpai kat puncak... hahaha~ smpai gak gue kat puncak Batu Puteh ... hepi beb.. so masing2 mula laaa amik gambo kenangan...pahtu mula menjamu selera makan lomang wit serunding...perghhhh...layan beb ...







agak havoc gak diorg nie atas puncak.. mcm2 peel yg ade... 










September 13, 2011

Hujan di opis ku


Niat di hati maw pulang awal
Tapi apakan daya
Hujan mencurah² di bumi Mutiara Damansara
Ku pasrah

Niat di hati maw buat senaman lutot
Naik turun naik tangga 15 tingkat
Buat bekalan ke Batu Putih
Tapi apakan daya

Hujan ini rahmat Ilahi
Syukur kite kepada Yang Esa
Semoga selalu diberkati
Dunia dan akhirat

Namun tak tahan dengan dingin pejabatku
mengigil² tanganku memetik papan kekunci
Menahan sejuk penyaman udara
Wahai badan sila bertahan

Maw meredah membelah hujan
Tatapi kupikir² sejenak
Baju Hujanku sudah berlubang
alamatnya memang cari pasal

ku pasrah...

Info Gunung yg aku nak pegi 16 Sept nie...

Gunung Batu Puteh (Bt. Putih), Tapah, Perak (6993')

Gunung ini dikatakan antara gunung 6000 kaki yang mencabar serta mempunyai trek yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki tempatan.

Hutan Lipur Kuala Woh
Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh. Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan disediakan.

Menyeberang sungai - Simpang Y
Empangan Dalam
7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh. Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus ke sini hingga tamat jalan berturap setelah melalui beberapa perkampungan orang asli.

Simpang Y
5-10minit trekking pendaki akan menjumpai sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu merentas sungai berjeram yang berarus dan agak dalam. Pendaki akan merentas sungai beberapa kali pada permulaan trekking.

Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Gua
3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki yang ingin mendirikan khemah masih boleh didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber air dari celah batu tidak jauh dari gua ini yang membentuk anak sungai.

Air terjun Nak Terbunuh
G. Kak
1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung ini terbentuk dari beberapa bongkah batu kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil gunung ini G. Batu Puteh.

Campsite G.Kak dari puncak G. Kak
Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong seketika ke puncak ini yang begitu dekat dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan khidmat jurupandu arah dari kalangan orang Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung ini.

G. Batu Puteh dari G.Kak
Terdapat satu kem site tidak jauh dari puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut) yang besar dan bertebing batu setentang dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang Asli.

Last water point
Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking. Terdapat satu kawasan beristirehat diatas permatang dan punca air terakhir dibawah cerun yang bergitu curam hingga digelar 'air terjun nak terbunuh'.

Beirut puncak G. Batu Puteh
G. Batu Puteh
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut dan yang tinggal kini hanya beirut tanpa zink. Jarak pendakian 2-3jam trekking dari Last Water Point. Kawasan khemah di puncak gunung ini boleh menampung 20-30 orang dalam satu-satu masa. Panorama gunung berbalam-balam boleh dilihat dari puncak gunung ini yang jauh ketengah belantara. Pokok-pokok yang renek dipuncak gunung ini serta menjadi laluan angin menjadikan suhu dipuncak agak dingin.

Sumber:
Apip Embi (OGKL)




      © Hak Cipta Terpelihara OGKL 2005 : Versi 3.0