seok dah raye...
begitu sayu tuk meninggalkn ramadon ni
pulang ke kampung memang sudah menjadi amalan rutin setiap tahun menjelang raya
seb baek pah solat jumaat gue berangkat pulang ke desa dari kota metropolitan ini
jalan agak lancar sepanjang perjalanan
mungkin tika itu masih banyak umat manusia yg masih tekun membanting kudrat tuk bekerja
maintain dengan kelajuan 110 di sepanjang lebuhraya pantai timur..
tiba di jabor pada pukul6 petang
melalui jalan jabor dengan berhati2 disebabkn kelubangan di sana sini
ohhhh... mereka ini turut pulang bersama
kucim2 ku
sampai suatu ketika kenderaan bergerak perlahan...
mungkin ada sekatan polis barangkali
hampes... rupanya mereka ingin melihat kenderaan yang terbabas sahaja
sungguh prihatin tetapi tidak mahu menolong...
sikap yang buat gue emosional sedikit kerna mengganggu perjalanan gue tuk pulang ke kampung sahaja
ada van yang merempuh tiang elektrik...
ada kereta yang menyondol pagar ladang kelapa sawit....
ada kereta yang tersadai di tepi jalan disebabkan kerosakan enjin...
ada kereta yang berhenti di bahu jalan untuk bersiap berbuka...
ada lori yang menukar tayar..
semua mereka yang lain akan memperlahankan kenderaan masing2 di kawasan tersebut
dan menjenguk...
ooooo.. langgar tiang rupanya...
ooooo.. sondol pagar rupanya...
ooooo.. kereta rosak rupanya....
ooooo.. berbuka puasa rupanya..
ooooo.. tukar tayar rupanya...
ooooo.. wat da hill laaa...
memang mentaliti semua orang macam tu ke..
gue tidak kesah kalau diorang berhenti dan tolong mereka yang terlibat..
tapi pabila melepasi kawasan itu aje... terus diorang pecut laju...
arrrrrggghhh... prihatin sangat tapi takde timbang rase...
pukul 8.30 malam baru selamat sampai ke kampung gue...
No comments:
Post a Comment