October 17, 2010

Lintah dan Pacat di Malaysia

Lintah dan pacat
Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea
Ciri – Ciri :-
- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,
selalu nya 3 jam
- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk
Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi


Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia
Batracobdellareticulata

- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput
Lintah Hirudinaria manillensis

- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”
Pacat Haemadipsa sp.

- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)
4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica

Haemadipsa subagilis

Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit
bagi mereka yang geli dengan pacat ni,senang jer petua nya.iaitu dengan menggunakan air tembakau.

cara membuat air tembakau:
guna daun tembakau/tembakau jawa 100gm
cincang halus2 dan campur 1.5ltr air sehingga sebati

cara menggunakan:
-rendam kasut,stokin dan seluar(seluar dalam jangan) baju boleh gak,tapi mondus operandi pacat ni biasanya melakukan serangan bahagian pinggang dan ke bawah.melainkan pacat keras kepala dan kurang ajar jer..
-selapas rendam,perah sedikit dan jemur pakaian tadi sehingga kering di bawah sinaran matahari.untuk membuat unsur tembakau tadi sebati pada pakaian,selepas kering ''iron''lah pakaian tadi(kasut jangan iron yer nanti mak marah..).

p/s:baunye memang kurang sedap sikit,tapi berkesan untuk menghindari pacat dan terbukti..

No comments:

Post a Comment