Catatan peristiwa :
Jumaat, 29 Julai 2011
11.45 p.m - Ketibaan sulong aku, angah( tunangku), Jerol dan Jo Limau, berkumpul di parking kereta di pintu masuk Gunung Nuang. Tidak lama kemudian Kaede, Luqman, Yusre (bkn bro Yus), Syed n Echa tiba di tempat kejadian. Sementara menunggu peserta-peserta lain tiba, persiapan beg dan kelengkapan dilakukan. Siap goleng2 lagi tuw...
Sabtu, 30 Julai 2011
01.15 a.m - Setelah 1 jam lebih menunggu, tiba kemunculan Uncle zainul, Bro Yus, Ismail (a.k.a Shanks Leroux) dan yang lain-lain di tempat kejadian. Aktiviti memunggah dan pembahagian barang-barang dapur dijalankan mengikut bilangan peserta.
02.50 a.m - Seramai 25 peserta berkumpul dan urusetia memberi taklimat ringkas tentang program. Senaman ringan dilakukan sebelum perjalanan yang diketuai oleh Hilmi Kujaji ( ntah pape warm up yg diew kasi nie...wahahaha )
03.13 a.m - Perjalanan ke Kem Lolo dimulakan. Guide yang bertugas ialah Nazrul (guide awek2 je), dan aku sebagai sweeper. Tiba di pondok 1 pada pukul 03.40 a.m. Tiba-tiba hujan turun dan terpaksa tunggu lebih kurang 15 minit. Dalam kesamaran malam muncul 2 lembaga kuning (bukan maskot Digi ye…) iaitu Uncle Rozi dan ‘Wayar putus’. Perjalanan diteruskan~~~~~
05.30 a.m - Tiba di Kem Lolo, cari port, pasang khemah pastu tidur. Pastu tak ada apa-apa aktiviti kecuali masak-masak dan makan-makan.
12.00 p.m - Persiapan ke puncak gunung. Packing barang dan bekalan.
01.30 p.m - Mula perjalanan menuju puncak. Seramai 15 peserta yang mengambil bahagian, yang lainnya lepak dan ada yang sambung tidur di Kem Lolo. Guide yang bertugas Nazrul dan Sweeper aku dibantu oleh Hilmi. Tiba di Kem Pacat pada pukul 03.33 p.m. Berhenti untuk rehat dan makan di Kem Pacat.
03.50 p.m - Perjalanan diteruskan. Dipertengahan jalan, bro Jo terpaksa menarik diri dari meneruskan perjalanan atas sebab kesihatan. Oleh kerana bro Jo ‘cannot go’, Sepul terpaksa menemankan beliau turun dan berehat di Kem Pacat, sementara Sweeper diganti oleh Hilmi. aku dengan kasih sayangnya membawa Jo Limau pulang ke pangkuan kem site...on da way turun tuw, sadis aku tengok jo.... macam2 skill sliding diew buat...al maklum laa trek licin o0o0o~ pagi2 kan hujan...
05.15 p.m - Aku dan Jo selamat sampai ke kem site... Hooo yeahhh... Jo ape lagi... trus baring o0o0~ time nie abe Garfu dh sampai kt kem Lolo tuw.. siap bawak mcD lg o0o0o~ aku just dpt half burger jeee..hahaha
07.15 p.m - Aku, Fadi, abg Yus n uncle Zainul bawak supply makanan n minuman tuk budak2 nie ( mybe dh ondaway turun kot ).. haish... kene naek lagi.. dah ahh terkking malam...silau o0o0...
08.12 p.m - ( cerita dr side dak2 naek puncak ) Tiba di Kem Pacat. Berehat sebentar sambil menunggu pasukan rescue tiba seperti yang dijanjikan. Tapi janji tinggal janji, pasukan rescue tak kunjung tiba. Perjalanan turun ke Kem Lolo diteruskan. Dalam perjalanan, terserempak dengan pasukan rescue tengah lepak-lepak, peserta pun tumpang sekaki dan ‘paw’ bekalan makanan dari rescue. Pasukan rescue terdiri daripada Uncle Zainul, Sepul, Bro Yus dan Al Fadi. Setelah berehat selama 10 minit, perjalanan diteruskan.
09.15 p.m - Tiba di Kem Lolo. Ada peserta yang terus mandi dan ada yang melantak (lapar).
10.00 p.m - Sesi sembang bersama Abe Garfu dan team yang baru sampai (yan dan izzudin). Selepas itu masuk tidur.
Ahad, 31 Julai 2011
10.00 a.m - Bangun tidur dan sarapan. Persiapan untuk turun dilakukan. Khemah di buka dan lakukan sedikit pembersihan di kawasan pekhemahan.
11.30 a.m - Peserta berkumpul dan memulakan perjalanan mengikut trek sungai menuju ke air terjun bomoh Ali. Guide yang bertugas ialah aku dan Sweeper Kaede dibantu oleh Al Fadi.
12.40 p.m - Tiba di air terjun. Nini, Eza, aku dan Echa dengan baik hatinya menyediakan makanan tengahari, menu megi sosej. Ada peserta yang mandi dan ada peserta yang santai-santai sahaja.
02.00 p.m - Setelah selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju ke tasik empangan.
03.00 p.m - Tiba di tasik, berehat sebentar dan sesi bergambar.
0.310 p.m - Perjalanan diteruskan dan tiba di pintu masuk Gunung Nuang lebih kurang pukul 03.30 p.m. Peserta mandi dan ada yang terus pulang
wajah² peserta yg MENUANG
Anjuran
repot di edit dr karya Kaede
No comments:
Post a Comment