November 13, 2012

RSS - Survei Lenggeng [ Edisi Seram Sejuk ]

Info tentang Hutan Lipur Lenggeng

Hutan Lipur LenggengPDFPrintE-mail

Hutan Lipur Lenggeng terletak di Hutan Simpan Setul yang merupakan jenis Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini adalah terdapatnya susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan di sulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari pelbagai jenis.

Daerah:
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Lokasi:
Terletak 26 km dari Bandar Seremban melalui Jalanraya Seremban ke Kg. Pantai.
Untuk Sampai Ke Sini:
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Lenggeng/ Mantin/ Seremban.
Aktiviti/Kemudahan:
Berkelah, Mandi-manda, Wakaf rehat, Tandas, Dewan terbuka, Surau, Tempat permainan kanak-kanak,Tempat letak kenderaan, Berkhemah/ Tapak, Perkhemahan

Maklumat di atas merupakan hasil yg digoogle mengenai informasi dan kemudahan yg sedia ada terdapat di kawasan Hutan Lipur Lenggeng. Lokasinya tidaklah terlalu jauh dari pekan Lenggeng dan sesuai dijadikan tempat perkelahan keluarga.

Bertarikh 10-11-12 , Sabtu 

Aktiviti Seram Sejuk (RSS) diadakan bertujuan untuk mencari X-factor / tarikan yg terdapat di sana. Tinjauan yg dapat diamati di sana, sudah banyak kemudahan yg telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan N9. Antaranya kolam mandi-manda, wakaf rehat, dewan terbuka, menara tinjau, tapak perkhemahan, taman permainan kanak², parking kereta, laluan sepanjang sungai tandas awam, surau dan sebagainya.




Seramai 12 peserta & 4 kanak² telah bermastautin di sana 1 malam. Ikuti catitan yg dapat saya perhatikan sepanjang berada di sana.

Bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Hutan Lipur Lenggeng ( sepul, syed, yen, jerol, kaede n Ina Omar ). Bergerak santai² sambil lunch di pertengahan perjalanan, samapai di destinasi pada pukul 2. Kelihatan garfu dan Joe Oren sabar menunggu ketibaan kami. Sambil bersembang² kosong, mata melilau mencari kawasan yg sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan yg sesuai nanti. Kemudian masing² bergerak mencari kemudahan yg terdapat di sana:
  • Tandas : dikunci disebabkan tiada bekalan air
  • Tangki air : tangki kosong, disebabkan tiada aliran air masuk
  • Kolam 3 tingkat : sudah jadi kolam pasir, hampes
  • Bekalan elektrik : terdapat sambungan wayar, tapi tidak disediakan
  • Surau : ada disediakan
  • Taman permainan kanak² : masih utuh dan kukuh
  • Air terjun : tinggi anggaran 20 kaki, tetapi berpasir
Kemudian masing² mula menbahagikan tugas yg perlu dibuat.

  • garfu, joe, ina, kaede n sepul : setup kawasan perkhemahan
  • yen n syed : cari inlet air tangki dan baikpulih paip
  • jerol : survey kolam

Tak lama kemudian, Tok wan dan anaknya sampai membawa bekalan makanan. Disusuli kehadiran Uncle Z. Tok wan, uncle Z dan Ina menyediakan dapur dan makanan manakala yg lain meneruskan kerja baikpulih sistem perpaipan kawasan itu. Punca inlet terpaksa ditarik ke atas oleh makhluk keding ( Yen & Syed ). Barulah air masuk ke dalam tangki. Setelah mencuci saluran paip yg penuh dengan pasir barulah bekalan air berjaya dipulihkan. 


Di dapur, cucur udang panas² dan ubi kayu rebus terhidang tuk dimasukkan lam perut yg dah lapar. Dalam pukul 5 lebih, cekgu Zahar tiba bersama² askar serbu kawasan. bro Rusman sampai membawa gen set ( xde lah bergelap malam nnt. 



Apabila perut sudah kenyang, masing² sambung kembali tugas yg ada. Tukang cuci sibuk cuci kolam, tukang paip sibuk pasang paip, tukang khemah sibuk pasang khemah, tukang masak sibuk masak cucur, meehon dan bbq.

Malam menjelma, paip air terjun sudah siap. Masing² mula mandi membersihkan badan agar sentiasa wangi. Dapur bbQ sudah berasap, menunggu masa je tuk membakar kepak, peha, puyuh dan ribs.. Nuym²..


Makanan pada malam tu agak mewah, paling best bab dapat cilok banyak puyuh... Pergh... Lazat sekali. Makasih tuk cekgu Zahar bab bawa ribs lembu tuk diBBQkan. tak pernah rasa o0o0o... Moto baru " Kalau cekgu Zahar join Event, misti ada makan² MEWAH nie " miahahaha..




Bila semua dah kenyang, masing² sudah tersadai mengusap perut. Ada yang dah berguling² mengeliat kepenatan. Sudah lama tidak lepak beramai² berborak kosong. Masing² tidur awal pada malam tu. Dan semua tidur rapat² bertujuan tuk merapatkan lagi silaturahim .... Yeke .. huhuhu.. Dan tiada perkara mistik berlaku ( rasenye laaa ) .. Sekian 









OHM00101
sypuL


October 02, 2012

Matahari Bercincin - Halo Phenomen

Hari ini gue melihat salah satu kebesaran Allah s.w.t taala... satu kejadian di mana gue melihat matahari dipagari pelangi.. Tarikh 2 Oktober 2012, jam 2:13 pm di Jalan Kepong... mereka² memanggil itu sbg FENOMENA HALO dimana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. 





APA ITU HALO ?

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan,  keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan tersebut, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.
PERHATIAN:

Pada orang ramai yang ingin melihat fenomena halo matahari tersebut perlu berhati-hati dan memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja.

Juga  berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).


p/s : sungguh indah ciptaan Yang Maha Kuasa

September 28, 2012

Minta Berzina


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.


Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.

Bapa Gadis : Oh.

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara.

Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah.

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err.

Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.

Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.

Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa.

Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu.

Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.

Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.

Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.

Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.

" :)”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

TAMAT

Sumber fitri hadi

Tua

" Ya Allah, kami mohon kepadaMu keselamatan agama, 
kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkah rezeki, 
Dapat bertaubat sebelum mati, 
mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati. 

Ya Allah, mudah-kanlah kami pada gelombang sakaratul maut, 
dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kema'afan ketika dihisab-Nya. 

Ya Allah janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, 
berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi. 

Ya Allah berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, 
peliharalah kami dari azab api neraka ".

Selamat Hari Tua Sepul....

September 22, 2012

Jimba Ramba

2 minggu lepas, kerja tanpa henti bwat gue kelesuan tuk mencari tenang...
Mujur gue sempat meng'attend'kan diri join Jimba-Ramba ke Perhentian..

Hari Jumaat, time nie gue onsite kat Ipoh... dah ah malam tu maw bertolak ke Kuala Besut,  hati memang xtenang memikirkan sempat ke idak gue balik KL nanti.. sebbaek laa kul 7 ptg gue sudah sampai umah...

Sementara, menunggu Jerol datang hantar gue ke Gombak, packinglaa supply lam beg, sumbat² jee mane yg nampak di mata..Selepas Isyak, Jerol pun sampai dan bergerak ke Gombak.. Sementara menunggu sampai, kitorang alas perut dulu..

Jam 11 malam, 2 biji kereta mula berkonvoi membelah LPT menuju destinasi, gerombolan yang lain sudah lama bergerak menaiki bas.. Kitorang selamat sampai ke Jeti Kuala Besut jam 6 pagi..

Jam 8 pagi, pabila sume sudah bersarapan dan bersiap, bot sudah menunggu untuk mengangkut kami seramai 23 orang. Masing² buat muka teruja je, seolah² xpenah naik bot gamaknya.. cam bese, gue cool jee..

menghabiskan masa hampir 45 minit menunggang bot, akhirnya sampai la kami di Teluk Keke, Perhentian Besar. Teruja melihat laut yang jernih, terus gue terjun nak mandi... huhuhu... tipu... gue kene punggah beg² mereka² dulu ke tapak khemah.. Kemudian beramai² setup khemah... almaklum laa.. trip kitorg ni mmg bajet sikit.. huhu.. xmampu nak berchalet² di pulau nie..


Siap je mendirikan khemah, dah ade terjah pantai bersnokeling mencari Nemo.. gue pom tergolong dalam mereka² yang bergembira di tepi pantaian.. 






Jam 1 lebih, makanan pom sampai seolah² tahu yang perut kami nie memang sudah mengilai² minta diisikan.. 


Petang tu kitorg dihidangkan ngan volleyball sebelum dilabuhkan tirai oleh kedatangan ribut... kikikiki.. Malam hari diisikan dengan acara buli pendatang baru, diajukan bertubi² soklan... kesian mereka...





Esoknya 16 September... Sempena Hari Malaysia, kitorg pulun sakan dengan acara snorkeling sampai mabuk...( tu jejai sorg jeee yg kene.. kekekeke)..


Sehari suntuk digunakan tuk melihat keindahan panorama lautan... memang terbaek.. lame x snorkeling sebenarnye.. 







Tunggu pengembaraan seterusnye...... :)

September 11, 2012

4 Jahanam datang kaco



Seyes... walaupom mereka² ini nakal, buas, degil, playful... but wit them... i never feel sad again..
when i alone... n  feel lonely, they came n play wit me...
if i dont want wake up at subuh... they lick my face.. pijak my dada... force me to bangun... 
tQ meow²..

September 05, 2012

I'm Happy... But I'm so Sad... but....


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu

camharem je... semalam cambese mmg xdpt nak tido lagi...
maybe teringat lagi si dia.. penangan dek kisah lalu buat wa penat, lesu, longlai melayan kebisaan
dari dalam badan yg mencucuk....ntah papo..

tetiba tertengok 1 status..



kakakaka... duniawi.. dah lame patot wa agak lagi... si dia senang dapat pengganti.. taw sekarang taraf hidup si dia semakin meningkat, mmg patot wa kene dumb pom.. sapo suh xmo improve..

"tapi wa tetap ngan prinsip wa, wa sayang sama orang yg sayang kat wa jaa.. xguna sayang orang yg xmo sayang lagi kat wa..."

dan wa taw, selama ni si dia xpenah jujur kat wa dari 1st time si dia curang lagi 3 tahun lepas, cinta jarak jauh mmg cari penyakit gile..

sambunk...


August 18, 2012

pulang ke kampung dengan pasrah

seok dah raye...
begitu sayu tuk meninggalkn ramadon ni
pulang ke kampung memang sudah menjadi amalan rutin setiap tahun menjelang raya
seb baek pah solat jumaat gue berangkat pulang ke desa dari kota metropolitan ini
jalan agak lancar sepanjang perjalanan
mungkin tika itu masih banyak umat manusia yg masih tekun membanting kudrat tuk bekerja

maintain dengan kelajuan 110 di sepanjang lebuhraya pantai timur..
tiba di jabor pada pukul6 petang
melalui jalan jabor dengan berhati2 disebabkn kelubangan di sana sini
ohhhh... mereka ini turut pulang bersama
kucim2 ku

sampai suatu ketika kenderaan bergerak perlahan...
mungkin ada sekatan polis barangkali
hampes... rupanya mereka ingin melihat kenderaan yang terbabas sahaja
sungguh prihatin tetapi tidak mahu menolong...
sikap yang buat gue emosional sedikit kerna mengganggu perjalanan gue tuk pulang ke kampung sahaja

ada van yang merempuh tiang elektrik...
ada kereta yang menyondol pagar ladang kelapa sawit....
ada kereta yang tersadai di tepi jalan disebabkan kerosakan enjin...
ada kereta yang berhenti di bahu jalan untuk bersiap berbuka...
ada lori yang menukar tayar..
semua mereka yang lain akan memperlahankan kenderaan masing2 di kawasan tersebut
dan menjenguk...

ooooo.. langgar tiang rupanya...
ooooo.. sondol pagar rupanya...
ooooo.. kereta rosak rupanya....
ooooo.. berbuka puasa rupanya..
ooooo.. tukar tayar rupanya...
ooooo.. wat da hill laaa...

memang mentaliti semua orang macam tu ke..
gue tidak kesah kalau diorang berhenti dan tolong mereka yang terlibat..
tapi pabila melepasi kawasan itu aje... terus diorang pecut laju...
arrrrrggghhh... prihatin sangat tapi takde timbang rase...


pukul 8.30 malam baru selamat sampai ke kampung gue...

August 17, 2012

Kad Raya 2012


Dear all,

As Hari Raya Aidilfitri is fast approaching, I take this opportunity to wish you

Selamat Hari Raya Aidilfitri and Maaf Zahir & Batin.

I do apologize if I had unintentionally hurt you during my journey

To those of you who are returning back to your kampung’s, please do drive safe.

Until we meet again,

Wasalam, 


August 01, 2012

Ogos & Merdeka

Ogos suda menjelma...
Ogos bulan berpuasa
Ogos nnt hari raya disambut
Ogos jugak bulan kemerdekaan
Ogos tahun nie suda 55 tahun merdeka


Tapi logo merdeka cam chit
lagu merdeka pom cam chit
pengubal lagu tu mmg sgt chit
desigmer logo tu lagi lah chit
apo laaa meminta² jasa dibalas....
terang² mmg chit

gue Patriotik bukan Politik

July 27, 2012

Gangguan

sekarang sudah 7 ramadhan
mata gue terkebil² mencari lena
mata layu meminta mimpikan
apakan daya tiada upaya

datang sesusuk lembaga 
berbulu gebu lidah terjelir
haish dugaan datang melanda
si Mop sudah mari membuat onar

berlari² si Tom riang
mengekor si Mop tiap tika
satu mengacau satu terbaring
terhibur sekejap melihar mereka

Aduiss sudah camna gue nak nyenyak
melangkah masuk adiknye yg lain
kamar gue lagi tempat dilanyak
tambah lagi calar di badan

Gangguan mereka bikin panas
mana hilang lena tidur
dihalau nanti mereka mengganas
layankan aja gelagat sekor-sekor
haisshhhhh...
haisshhhhhhhh...
( -______-")


July 26, 2012

Terkenang

Teringat kembali kisah lama gue ceburi bidang outdoor nie, banyak sebab gue terjebak ke kancah ini
  • gue kebosanan tika weekend
3 tahun lepas gue baru start menjadi kuli di sebuah company private, menetap di kota metropolitan ni agak membosankan jugak. Xkenal ramai kawan², so weekend gue spend time ngah buat part time job tanam anggur kat umah. Damn... camne lah gue leh jadi cam2...

  • Tak jumpa cenel yg betul tuk salurkan minat adventure gue
Dari kecil lagi gue memang minat aktiviti lasak ni, zaman kanak² dulu, gue selalu ikut abah gue masuk hutan gi cari pokok bakau tuk buat pagar kebun. (-_____-") kecik² lagi gue dah kene dere beb.. bila terkenang balik, gue rase rindu tuk stay dalam hutan ni. Banyak benda pelik yang boleh gue perhatikan dan diamati. Pernah satu ketika,  gue terserempak ngan khinzir tunggal, yg mana ketinggian khinzir tu hampir same ngan gue. Time nie gue memang dah lembik lutut dah, kaki kelu xmampu melangkah, mujur kerna antara gue dan khinzir itu dipisahkan oleh pagar besi kebun abah gue.. ( gue rase khinzir ni jugak ahh yg belasah anjing² gue sampai mati kot )

Dah lupe bile gue stat hiking nie, rasenye 2009 kot.. sahabat gue si Buyen yg ajak gue teman die pegi daki gunung.. hahaha... Ntah camne time tu, gue ikut je die... ngan xtahu papo, equipment sume xde, gue maen sondol je naek gunung tu.. hamik ko... nyesal gile gue time tuw polo si Buyen nie...
 
1st time gue @ Datok
  • Suke cube benda baru
Dari kecil lagi, susah gue nak cuba aktiviti yg lasak ( kecuali tolong abah gue cari kayu bakau dlm hutan ) yg betul² gue puas. Penah sekali gue dan adek mandi lam lombong ... Perghhhh.... terus kene ikat kat tiang lampu tepi jalan bab kantoi ngan abah gue. Time umo 9 tahun, penah gue try naek scrambler abah gue, dan 1st time tu gak gue kene hempap dek scrambler tu... Trus gue trauma 4 tahun xnak rapat ngan moto tu.. Lepas gue PMR, abah gue ajar bawak kenderaan.. (-______-") kenderaan tu memang berat dan slow..

ni lah kenderaan tu
Gue penah bawak kereta ni dari rumah ke kebun abah yg jarak sejauh 6km je hampir 1 jam tuk sampai ke destinasi.. Tebal muka gue time bile dak² pompuan tgk gue bersama kereta nie mengharungi tepian jalan.. seb baek laa ade topeng abg pemotong rumput.. miahahaha